Isnin, 13 Disember 2010

Ohh Disember..

Ohh…disember..disember..disember..

Ohh..disember sudah tiba,
Oh..rupanya sudah tiba bulan terakhir tahun ini
Bila mencongak sejak 2-3 hari lepas memang serasakan wah!! Cepatnya masa berlalu sudah pun tiba bulan disember. Tapi kalau di tunggu sejak dari 11 bulan yang lalu, ia sebenarnya beredar seperti biasa, seperti tahun-tahun yang sudah.

Apa-apa pun, semuanya kesebelas bulan yang lalu sudah pergi, apa yang pasti tidak akan berulang kembali dan yang sedang dihadapi untuk ke depan, sisa-sisa bulan disember yang tiba dan akan berlalu dalam masa 31 hari.

Jadi, sendiri ingat, sendiri fikir bagaimana menghabiskan sisa waktu hari ini, minggu ini, bulan ini, tahun ini, hidup ini, umur ini.

Tidak jauh bezanya, siatuasinya sama, bagaimana kita menghabiskan waktu. Cuma ada 2 sahaja, iaitu manfaat @ sia-sia / baik @ tidak baik.

Perkara itu boleh dirancang, dilalui dan dinilai sendiri. Dan siapa yang menghakimi?? Jawapannya = Illahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan