Isnin, 13 Disember 2010

Dan hari ini..

Hari ini, Alhamdulillah kita masih buka mata, jaga dan bangkit dari tidur. Seperti biasa ada yang bangun dengan kelam kabut nak kejar masa ke tempat kerja, ada yang bangun dengan penuh longlai dan malas kerana kedinginan, ada yang bangun disebabkan terpaksa dan paksa diri kerana alarm atau jam loceng berbunyi, ada yang bangun dek dikejutkan panggilan Agung yakni azan subuh memecah kesyahduan dan ada berbagai gaya manusia lagi yang telah dihidupkan semula selepas sebuah kematian pendek di muka bumi Allah swt ini.

Yang nyata, sama ada kita sedar atau tidak, bila kita celikkan mata dan mulakan hari baru pagi ini, umur kita bertambah kepada 1 hari daripada semalam, begitu juga pergerakannya kalau dari bulan lepas, satu bulan, kalau dari tahun lepas 1 tahun dan begitulah seterusnya hingga ke abad. Jadi sedarkah kita yang kita bertambah lama hidup di dunia sejak dari kita dilahirkan dan umur kita semakin singkat untuk berundur ke belakang, kerana kita semakin hampir ke hadapan.

Umur kita semakin pendek, kerana satu tarikh di hadapan tidak pernah berganjak dan berubah dari tarikh yang telah ditetapkan. Kita makin menghampiri tarikh itu, tarikh penentuan hidup kita menemui akhirnya….~kematian~

Bila kita celikkan mata, bangkit dipagi hari jangan ingat sampai ke petang, bila habis 1 hari untuk hari ini belum tentu masih ada lagi hari esok, kerana semua orang tidak tahu bilakah waktu itu, Cuma semua orang tahu ianya pasti. Semalam sudah pergi, hari ini adalah reliti, dan esok…belum pasti.

Jadi tanyalah diri sendiri sudahkah kita menunaikan tanggungjawab dan amanah kita sepanjang hari ini sebagai seorang islam? Sebagai seorang hamba? Sebagai seorang anak? Sebagai seorang isteri/suami? Sebagai seorang kakak/abang? Sebagai seorang ibu/ayah? Sebagai seorang pekerja? Sebagai seorang pemimpin?

Apa pun yang kita lakukan hari ini Allah maha mengetahui dan menilainya, pastikan berbuat sesuatu yang baik, yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan